Tuesday 17 November 2015

Pembangunan Belia - Diskusi 9 (Karya Agama, Seni, Sastera dan Teknologi dalam Pembangunan Belia)



A. Karangkan serangkap pantun yang berkait dengan belia.


Mengayuh perahu menuju muara perahu diisi penuh sarat buktikan pada masyarakat dan negara wawasan belia wawasan bermanafaat.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Mengayuh perahu menuju muara perahu diisi penuh sarat buktikan pada masyarakat dan negara wawasan belia wawasan bermanafaat.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzul
Hidangan dimasak si anak dara berbilang jenis berbagai rasa belia menjadi harapan negara meneruskan kesinambungan warisan bangsa.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Kalau ke Penang perkana laksa,
Jangan lupa singgah Bukit Bendera,
Belia menjadi harapan bangsa,
Meneruskan generasi warisan negara.

B. Bincangkan satu ayat suci, fakta saintifik, falsafah, peribahasa, puisi, lagu, kata-kata hikmah atau sebarang karya yang berkaitan dengan pembangunan belia.

Jika kamu tidak mengejar apa yang kamu inginkan,
maka kamu tidak akan pernah milikinya.
Jika kamu tidak bertanya,
maka jawabannya adalah tidak.
Jika kamu tidak mengambil langkah maju,
maka kamu selalu berada di tempat yang sama.
-Nora Roberts-

Mesej: Sebagai belia, kita mempunyai banyak impian dan matlamat dalam hidup. Oleh itu, seandainya kita ingin memilikinya atau mengecapinya, kita perlulah kejar ia sehingga dapat. Orang kata, 'malu bertanya sesat jalan'. Kita sebagai belia, perlulah rajin-rajinkan diri bertanya sekiranya ada sesuatu perkara yang mencurigakan atau tidak tahu akan sesuatu perkara supaya segala persoalan kita terungkai. Adat manusia ada kalanya kita di atas, ada kalanya kita di bawah. Kadang-kadang kegagalan akan muncul dalam hidup kita walaupun hanya sekali. Oleh demikian, seandainya kita jatuh, kita perlu bangkit semula dan bergerak maju ke hadapan supaya kita mampu mencapai kejayaan yang diimpikan.

Thursday 5 November 2015

Pembangunan Belia - CERPEN : Kau Bukan Cinta Hakiki




Titis-titis hujan masih turun membasahi bumi. Aku memandang ke luar jendela. Termenung. Itulah rutinku yang semakin sebati dengan diriku hari demi hari. Satu keluhan keluar dari bibirku. Lantas aku melarikan pandanganku ke ruang bilikku. Mataku terhenti pada bingkai gambar yang setia berada di sebelah tempat tidurku. Tanganku mencapai bingkai gambar itu. Mengamati raut wajah yang menghiasi sekeping gambar itu. Ceria. Alangkah indahnya saat itu. Teringat pertemuan kita kali pertama.

 “Saya jahil. Saya tak tahu apa-apa tentang Islam walaupun dalam IC saya tertulis agama Islam. Di bangku sekolah menengah lagi, saya dah berjinak dengan arak, dengan kelab malam. Hidup saya terlaulu jahil awak.
Solat, puasa, semua saya tak pernah ambil kisah.” Amir Asyraf.

“Kenapa awak tak ambil kisah pasal solat, puasa ? Bukankah itu kewajiban kita sebagai umat islam untuk kita tunaikan?” Khaulaf Damia.

“Saya terlalu lama menetap di London. Bahkan ahli keluarga saya langsung tidak pernah solat apatah lagi nak puasa. Awak, boleh tolong saya?’

“Tolong apa ?’

“Tolong ajarkan saya agama Islam awak. Saya terlalu jauh dengan-Nya.”

Mula-mula saya agak keberatan sebab saya bukannya arif sangat. Tetapi awak berkeras nak belajar dengan saya. Akhirnya, atas dasar persaudaraan sesama Islam, saya setuju. Mulai hari itu, awak selalu datang kelas mengaji yang saya adakan. Mula-mula saya rasa nak gelak pun ada sebab awaklah anak murid saya yang paling tua. Masa tu awak baru baca Iqra’ dengan saya. Dengan berkat usaha dan kesabaran awak, tak sampai 3 bulan awak dah boleh baca Al-Quran. Saya ajar awak macam-macam. Pasal solat, haji, zakat dan puasa. Hati awak memang cerah, sekejap sahaja saya ajar tentang solat, kemudian awak dah boleh solat sendiri. Kita pun selalu solat bersama-sama.

Petang tu, saya membacakan azab-azab yang diterima oleh penghuni neraka. Air mata awak bergenang. Awak, awak terasa hati dengan saya ke?? Sejak hari tu, awak dah tak datang ke masjid. Awak tahu, seminggu awak tak datang, seminggu tu jugalah saya jadi penunggu setia kat masjid. Kemudian, pada satu petang awak datang pada saya. Saat saya melihat awak, ada satu perasaan hadir dalam diri saya. Tetapi saya tak tahu apa perasaan itu. Awak datang petang tu bukan sebab nak belajar agama dengan saya tapi sebab awak nak ajak saya kahwin. Apa, kahwin?? Saya terus pitam.

“Mia, sudi tak awak jadi pemaisuri di hati Amir. Sudi tak kahwin dengan Amir?”

“Hah? Kahwin?? Err.. Mana boleh. Jangan buat gila Amir”

“Please, Mia. Saya merayu dekat awak, Mia. Kalau awak jadi isteri saya, lagi banyak masa awak boleh ajar saya tentang Islam. Tolong Mia, masa saya semakin suntuk.”

Resah melihat awak yang begitu mengharap,  akhirnya saya setuju. Tetapi saya betul-betul tak faham dengan ayat terakhir awak. ‘masa saya semakin suntuk’ yang awak katakan tadi.

Perkahwinan kita berlangsung lepas tu walaupun ditentang secara hebat oleh keluarga awak. Abah saya pula bersetuju walaupun agak terkejut dengan keputusan mendadak saya. Yelah, saya baru 18 tahun dah bekahwin dengan orang yang lapan tahun lagi tua dari saya. Saya ingat lagi, sehari lepas kita kahwin, awak bawa saya jumpa keluarga awak. Teruk saya dihina dan dicerca. Luluh hati saya, awak. 
Panggg!!! Satu tamparan singgah di pipi gebuku.

“Dasar perempuan pisau cukur. Ada hati cakap anak aku yang beria-ria ajak kau kahwin. Kau sebenarnya nak kikis harta anak aku kan ?” Datin Mariana Musa.

Saya memandang awak. Pelik. Awak langsung tak buka mulut untuk pertahankan saya. Awak hanya diam dan memerhatikan saya diserang keluarga awak. Sampai hati awak.

Keesokan harinya, kita pindah ke kondominium milik awak di Kota Damansara. Tetapi sepanjang kita kahwin, tak pernah sekali pun awak sentuh saya. Saya sering tertanya-tanya kenapa awak kahwini saya kalau awak tak nak miliki saya sepenuhnya. Awak anggap saya sebagai cikgu awak. Saya panggil awak abang Amir, awak panggil saya Ustazah Damia. Pelikkan.

Hari demi hari berlalu menjadikan kehidupan kita semakin bahagia. Saya rasa ada perasaan aneh yang hinggap di sarang hati saya setiap kali saya bersama awak. Tapi saya tak tahu apa perasaan itu.
Pada suatu malam, selepas kita sama-sama solat Isyak berjemaah, awak pegang tangan saya lagi. Saya duduk berhadapan dengan awak. Awak tenung saya. Mata hazel awak seolah-olah ingin menyampaikan sesuatu. Tapi, awak hanya berdiam diri. Kemudian, saya bangun dan beredar ke bilik saya. Tiba-tiba awak ketuk pintu bilik saya. Apabila pintu kayu itu saya buka, awak terus masuk. Pintu bilik saya awak tutup. Awak tarik saya ke cermin. Saya dapat lihat diri awak yang sedang memeluk saya dari arah belakang dengan erat sekali pada cermin itu. Walaupun hati saya berdebar-debar waktu itu, tapi saya bahagia. Awak hampir kucup bibir saya. Hanya tinggal seinci, awak seolah-olah tersedar dari lamunan. Awak lepaskan pelukan awak pada badan saya. Sebelum awak pergi, awak minta maaf pada saya. Selepas awak keluar, saya menangis. Saya sedih awak. Awak seolah-olah tidak sudi menyentuh saya walau seinci pun.

Suatu hari, ketika kita sedang menjemur pakaian bersama-sama, hidung awak tiba-tiba berdarah. Darah awak banyak sangat..wajah awak pucat. Hati saya dipagut rasa cemas yang teramat sangat. Dan, awak pitam. Saya menjerit bagai orang histeria. Dengan bantuan jiran, saya hantar awak ke hospital. Di sana barulah saya mengerti kata-kata awak ‘masa saya sudah semakin suntuk’. Kenapa awak tak pernah beritahu saya yang awak sakit leukemia. Saya menangis dan terus menangis. Dua hari awak tidak sedarkan diri.

Baru saya mengerti, kenapa awak tak pernah nak sentuh saya. Awak tak nak beri zuriat yang mungkin berpenyakit leukemia seperti awak. Mulia sungguh hati awak. Malam tu, awak beritahu saya sebab kenapa awak nak bunuh diri. Awak tak boleh terima penyakit yang awak hadapi. Dan awak nak kahwin dengan saya sebab awak nak seseorang yang boleh membimbing awak ke jalan yang benar. Awak tak nak mati tanpa bertaubat. Awak juga jujur dengan saya. Awak cakap saya bukan cinta sejati awak kerana cinta sejati awak hanya pada Islam dan Allah. Saya akui agak terkilan kerana saya bukan cinta sejati awak tetapi biarlah. Pada saya, dicintai awak sudah cukup bermakna.

Awak berkeras tak nak buat sebarang rawatan. Keadaan awak semakin teruk. Rambut awak sudah semakin sikit. Wajah awak cengkung. Badan awak kurus sangat. Awak hanya mampu duduk di kerusi malas. Di kerusi malas itulah awak solat. Tetapi saya kagum dengan awak sebab awak masih berpuasa walaupun awak diberi ruksakh untuk berbuka. Awak tetap berpuasa walaupun kadang-kadang awak menggigil sebab terlampau sakit. Hari-hari awak habiskan masa awak di kerusi malas sambil menghafal surah-surah Al-Quran melalui mp3 yang ditekapkan di telinga awak. Setiap kali awak dengar surah Yaasin, air mata awak akan bergenangan.

Sepuluh malam terakhir Ramadhan, awak berdegil tak mahu tidur sebab nak tunggu malam Lailatul Qadar. Saya marah awak. Takut kesihatan awak terganggu. Tetapi awak cakap, awak tetap nak tunggu malam Lailatul Qadar kerana awak takut awak tidak sempat untuk bertemu dengan Ramadhan yang berikutnya. Selalunya, saya akan tertidur di sisi kerusi malas awak. Dan apabila saya tersedar, awak juga sudah terlena. Wajah awak sentiasa senyum. Saya akui takut untuk membiarkan awak tidur kerana saya takut awak akan terus tertidur dan tak akan bangun-bangun lagi.

Malam terakhir puasa, awak kelihatan ceria. Awak ajak saya buat terawih. Awak, awak solat terawih ke solat sunat taubat. Awak sujud terlalu lama. Saya seperti sudah mengerti sesuatu. Saya teruskan solat terawih sementara awak masih begitu. Sujud menyembah Tuhan. Dan selepas 12 rakaat selesai saya kerjakan, awak tetap begitu. Masih lagi sujud.

Awak dah pergi. Saya tahu awak letih sangat dan awak nak tidur. Saya baringkan awak di atas sejadah itu. Darah yang mengalir dari hidung awak saya bersihkan. Wajah awak tenang macam bayi yang sedang nyenyak tidur. Tanpa membuka kain telekung, saya terus berbaring di sebelah awak di atas sejadah itu. Saya tertidur sampai azan hari raya Aidilfitri berkumandang. Hajat awak nak beraya tidak kesampaian. Tetapi hajat awak untuk berpuasa penuh dan solat terawih serta tahajjud sepanjang Ramadhan terlaksana.

Setiap hari saya akan ke kubur awak dan menangis di situ. Saya meraung-raung teringatkan awak. Saya rindukan awak. Senyuman dan panahan mata awak. Saya rindukan cinta awak, Amir. Suatu hari, sewaktu saya sedang menangis di pusara awak, abah saya datang dan tampar saya. Saya terkejut dan tangisan saya terus berhenti. Abah menyedarkan saya semula. Abah cakap saya menyeksa awak di sana. Saya meratapi pemergian awak dan lupa tunaikan tanggungjawab saya sebagai seorang muslim. Abah cakap roh awak tak akan tenang kerana saya tak mahu lepaskan awak. Saya seolah-olah tersedar semula dari mimpi yang panjang. Awak, maafkan saya sebab kelakuan saya mungkin menyeksa awak di sana.

Kini saya sudah tidak menangisi pemergian awak. Saya sudah bangkit menjadi Khaulah Damia yang dahulu. Damia yang tabah dan kuat kerana saya tahu walau saya menangis sehingga keluar air mata darah sekalipun, keadaan tetap tidak akan berubah. Awak tetap pergi dari hidup saya.

Saya mengambil masa tidak sampai seminit untuk membenci awak, saya mengambil masa kurang sebulan untuk mencintai awak. Tetapi saya memerlukan masa sepanjang hidup saya untuk melupakan awak. Awak dah bertakhta di hati saya. Kata orang cinta yang dilepaskan akan kembali jika ia cinta sejati kita. Tetapi harus saya akui awak memang bukan cinta sejati saya. Cinta sejati dan hakiki saya hanya pada-Nya.

-SEKIAN-
 

Tuesday 3 November 2015

Pengalaman Si "SEKRETARIAT KONVO"


belajarlah memaafkan jika ingin dimaafkan,
belajarlah menghormati jika ingin dihormati,
belajarlah memahami jika ingin difahami,
belajarlah menyayangi jika ingin disayangi,
belajarlah menghargai jika ingin dihargai,
belajarlah menyenangi jika ingin disenangi. .


Itulah perkara yang aku pelajari dari pengalaman ku sendiri.Sebenarnya join sekretariat konvo ni seronok. Banyak benda yang kita dapat pelajari antaranya yang berteraskan kepada jati diri mahasiswa yang merangkumi aspek kepimpinan, kecemerlangan akademik, pengurusan organisasi yang profesional, penguasaan teknologi maklumat dan pemuliharaan budaya bangsa. Kalau anda suka bekerja dalam keadaan tertekan. Anda patut join sekretariat KKUKM. Ia memberikan satu pengalaman baru dalam hidup anda. 

Daripada KKUKM laa saya dapat kawan baru, dapat merasa bahawa masa itu emas, dapat bekerja dalam kumpulan yang harmoni dan sebagainya.

KKUKM bermaksud Karnival Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia. Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang KKUKM berlangsung. 











Menarik bukan ? Jadi, kalau anda berpeluang untuk join, JUST JOIN. Jangan lepaskan peluang. Peluang hanya datang sekali. So, grab it. Banyak benda baru yang dapat anda pelajari. Hanya pengalaman yang mampu memberi anda pengajaran :)

SEKIAN.




Friday 30 October 2015

Kisahku Roti Canai Gula






Alkisahnya..

Aku : Diana, tolong belikan roti canai gula.
Diana : Ok.

10 minit kemudian...

Diana : Nah weyh. Jom makan. Aku dah lapar nie.
Aku : Yeahh, roti canai gula. Terima kasih, Diana.
Diana : Sama-sama kasih :D

Dengan muka excited buka bungkusan roti canai.

Aku : Weyhh, asal ada GULA dalam plastik ?
Diana : Sebenarnya weyh. Aku mamai-mamai tadi. Kan baru bangun tidur terus ke kafe. Aku rasa aku order roti canai gula. Tapi, abang tu tanya roti canai gula asing macam mana entah. Aku main angguk jew. Last-last, inilah hasilnya. ROTI CANAI + GULA. Sorry ..

Akhirnya, tawa ku pecah. Bantai aku gelakkan Diana A.K.A. roommate ku kaw-kaw. Aku order Roti Canai Gula. Yang aku dapat Roti Canai DENGAN Gula :'D

-SEKIAN-

Tuesday 27 October 2015

Tips Awesome Untuk Students


  • Mandi waktu pagi antara pukul 1pg-6pg. Pada waktu ini, sangat bagus mandi, kerana ia akan mengurangkan lemak di badan.
  •  Jika bangun pukul 4pg dan ke atas, jangan lagi tidur selepas itu, kerana jika tidur semula, akan melemahkan badan.
  • Sarapan antara pukul 7pg-7.30pg. Bagus sarapan pada waktu ini kerana ia akan meningkatkan kadar metobolisme dalam badan.  
  • Datang ke kelas seeloknya 10 minit awal atau lebih awal, kerana ia adalah adab. Dan mungkin ada keberkatan di situ.
  • Makan tengah hari dengan kadar biasa, selepas setengah jam, tidur seketika 10-15 minit, kemudian basahkan kepala untuk kembali segar.
  • Lakukan aktiviti fizikal selepas asar, kerana waktu ini tidak sesuai untuk belajar. Jadi, gunakannya untuk sebarang aktiviti fizikal.
  • Mandi malam lebih kurang antara pukul 6ptg-6.30ptg. Jangan riadah terlalu lama, kerana ia akan meletihkan badan pada waktu malam.
  • Luangkan masa magrib-isyak kepada Allah, kerana waktu ini adalah waktu tenangkan minda dengan terapi.
  • Mula study lepas isyak. Hanya ambil masa 30 minit untuk satu subjek. Seterusnya, subjek lain sampai cukup 2-2.30 jam untuk setiap malam.
  • Tidur awal, lebih kurang pukul 11 atau 11.30 malam, kerana pada waktu ini, hormon dalam badan perlukan rehat untuk memproses badan dengan baik.
  • Jangan lupa bertahajud malam dan qiamullail, kerana inilah ikatan yang kukuh antara hamba dan Pencintanya.
Wallahu'alam.
Moga bermanfaat.
Semoga langkah anda dan saya menuntut ilmu diberkati dan dapat memberi manfaat pada manusia lain.
"Ya Allah, permudahkanlah urusan kami dalam menuntut ilmu dan berikanlah kami kefahaman yang jelas sepanjang sesi pembelajaran. Aaaminn. "

Friday 23 October 2015

Pembangunan Belia - Diskusi 7: Keushawanan Belia



1.  Apakah jenis perniagaan yang sesuai untuk anda ceburi?

Saya memilih perniagaan berasaskan perkhidmatan dalam makanan iaitu saya bercadang untuk membuka sebuah Bakery. Kedai kek yang akan saya tubuhkan menawarkan perkhidmatan kek, biskut, roti dan minuman untuk penduduk di sekitar serta tempahan untuk majlis-majlis jamuan.

2.  Mengapa anda memilih perniagaan tersebut?

Mengikut kajian semasa, perniagaan yang tak akan putus atau mati ialah bisnes makanan kerana hari-hari orang akan makan, sehari paling kurang 2 kali. Oleh itu, peratus keuntungan jualan perniagaan makanan ini adalah dari 50% sehingga ke 100% di samping dapat memberi kepuasan dan pilihan kepada pelanggan setempat. Memandangkan kebanyakan bakery pemiliknya adalah berbangsa cina, oleh itu saya ingin menjadi salah seorang usahawan kedai kek melayu. Objektif utama bakery saya pada peringkat permulaan adalah untuk memenuhi keperluan penguna Melayu.

3. Siapakah klien anda?

Klien saya adalah individu atau organisasi yang ingin menggunakan perkhidmatan saya.
4. Bilakah anda akan memulakan perniagaan tersebut?  

In sha Allah dalam masa terdekat.
5. Apakah perancangan dan target perniagaan anda dalam jangka masa pendek, sederhana dan jangka masa panjang. 
Target perniagaan jangka pendek saya adalah memastikan kedai kek saya dapat menapak dalam industri permakanan dan dapat menarik perhatian pelanggan akan kewujudan produk saya. Manakala target perniagaan jangka sederhana adalah memastikan perniagaan stabil dalam pasaran Malaysia. Bagi target perniagaan jangka panjang saya adalah ingin menembusi pasaran dengan membuka beberapa cawangan supaya ramai pelanggan dapat mengunjungi kedai saya.

Tuesday 20 October 2015

Pembangunan Belia - Diskusi 6: Belia dan Politik Negara




1. Parti politik manakah yang terbaik pada pandangan anda?

Pada pandangan saya, parti politik terbaik adalah Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

2. Apakah kelebihan atau kekuatan utama parti tersebut?

Kekuatan PAS adalah rata-rata pemimpinnya boleh dikatakan sebagai golongan yang beriman kepada Allah. Kebanyakkan ahli PAS jarang kurang ajar dengan pemimpin mereka dan ahli PAS tidak pernah rasa beban bila ditimpa ujian demi ujian. Itulah hebatnya Islam yang diajar oleh Rasulullah sehingga dapat dilihat apabila iman sudah berada di dalam jiwa, sukar digugat oleh syaitan atau manusia bertopengkan syaitan. Inilah kekuatan PAS berbanding dengan parti-parti lain di negara ini.

3. Apakah kriteria pemimpin parti politik yang anda kagumi dan yakini?
  • Berpegang pada Hukum Allah
  • Memutuskan Perkara dengan adil
  • Jujur, amanah, fathonah, tabligh
  •  
4. Sekiranya anda diamanahkan sebagai pimpinan politik negara, apakah tindakan yang akan anda lakukan untuk mengatasi kemelut/krisis yang sedang melanda negara pada masa kini?

Politik ketaksuban dan kepuakan hanya akan mengundang perbalahan yang tidak berkesudahan. Politik sepatutnya dibina atas hujah dan idea, bukan taksub dan sokongan secara membabi buta. Di negara kita, politik idea ini belum kuat berkembang atau belum menguasai keadaan. Oleh itu, seandainya saya diamanahkan sebagai pemimpin politik negara, saya akan memperjuangkan politik idea di negara Malaysia.