SI BULUS ??
Hah, korang mesti tertanya-tanya, siapa "SI BULUS" nie ? hahahaa "SI BULUS" sebenarkan adalah panggilan bagi haiwan yang bernama "KUCING". Awat aku panggil kucing nie "SI BULUS" ? sebab depa ada bulu. hahahaa kira logik laa kan ? Bagi aku panggilan "SI BULUS" nie comel untuk menunjukkan itu kucing. BTW, sejak kecil lagi, aku didedahkan dengan kucing. So, sampai laa besaq panjang nie, aku SUKA, CINTA, SAYANG akan "SI BULUS". Bagi aku, depa nie sebahagian family aku daa. "SI BULUS" sangat menenangkan bagi aku. Aku terlalu OBSES dengan kucing au. Hampa semua jangan terkejut sangat. Di mana ada "SI BULUS", di situ ada aku. Ecehh, sampai macam uw sekali obsesku. HahahaFYI, sekarang nie aku ada 19 ekoq "SI BULUS" dekat rumah aku. Haa, banyakkan ? itu yang nyata laa. Belum masuk lagi yang hilang, yang mati, yang kena curi, yang orang amik. Hahahaa Kalau campur semua bagai uw, mau 30 something aku rasa. Awat banyak sangat kucing aku ? Hah, nie semua kerja-kerja "Nenek Kucing". Asalnya, aku pindah tahun 2005 dekat sini, dah ada kucing jalanan yang lepak belakang rumah aku. Asalnya ada 2 ekoq jewp. "Nenek Kucing" - COMEL and PUTIH. Depa nie laa dok buat keturunan sampai banyak nie. Berapa generasi pun tak tau daa. Tapi sayang, "Nenek Kucing" dah mati :'( Lama juga usia dia. Dari aku umur 9 tahun sehinggalah aku umur 19 tahun. Tahun nie, dia mati. Punca tak dapat dikenal pasti. So, sekarang tinggallah generasi-generasi dia.
Okay lah. Tak mau cerita panjang sangat. Meyhh aku kongsi sedikit FAKTA-FAKTA MENARIK TENTANG "SI BULUS" yang korang tak tahu.
-
Rasa
sayang pada kucing dipanggil 'Ailurofobia'.
-
25%
pemilik kucing yang memandikan kucing mereka akan mengeringkan kucing mereka menggunakan
pengering mereka.
-
Bahagian
yang lembut pada hidung kucing biasanya mempunyai jenis corak yang unik seperti
cap jari manusia.
-
Terdapat
lebih 500 juta ekor kucing tempatan diseluruh dunia yang dibahagikan kepada 33
jenis berlainan.
-
Jantung
kucing akan berdegup 2 kali lebih pantas dari jantung manusia pada kadar 110 ke
140 kali seminit.
- Spesis
kucing yang paling besar ialah Ragdoll yang mana spesis jantannya boleh
mencecah berat 12 paun manakala betina antara 10 ke 15 paun.
- Spesis
kucing yang paling kecil di dunia pula ialah dari jenis Singapura dimana kucing
jantannya hanya mempunyai berat sekitar 6 paun manakala betinanya pula dalam 4
paun.
- Untuk menunjukkan rasa kasih kepada
pemiliknya, seekor kucing akan menggetarkan ekornya ketika bersama-sama tuannya
kerana itulah cara terbaik untuk kucing menunjukkan emosinya.
- Kucing mempunyai 290 tulang di dalam tubuh
mereka dan 517 lagi ialah otot-otot.
- \ Adalah
dikatakan manusia yang membela kucing peliharaan akan mempunyai hayat yang
lebih panjang, lebih kurang tekanan dalam hidup dan kurang diserang serangan
jantung.
- Suhu normal bagi seekor kucing ialah sekitar
101.5 darjah iaitu ebih hangat dari manusia.
- Umur
kucing jika dibandingkan dengn manusia ialah, jika usianya 3 tahun, ia menyamai
umur manusia 21 tahun. Ketika usianya 8 tahun, ia menyamai umur manusia 40
tahun dan jika kucing mampu hidup selama 14 tahun, ia samalah dengan manusia
yang berumur 70 tahun.
- Usia
normal bagi kucing yang tinggal didalam rumah ialah sehingga 15 tahun manakala
yang tinggal diluar pula ialah sekitar 3 hingga 5 tahun.
- Kucing paling tua pernah dicatatkan ialah
Puss, seekor kucing dari England yang mati pada tahun 1939, sehari selepas dia
menyambut hari lahirnya yang ke 36!
- Kucing paling pelik di dunia ialah seekor
kucing betina dari Argentina yang bernama Mincho yang telah lari memanjat sebatang
pokok dan langsung tidak turun sehinggalah dia mati 6 tahun kemudian.
- Kucing
yang 'bersosial' dikatakan akan mengikut pemiliknya dari satu bilik ke satu
bilik yang lain untuk memerhatikan aktiviti tuan mereka.
- Di Eropah dan Afrika, masih terdapat 2 jenis spesis kucing liar yang meneruskan aktiviti mereka memburu.
- Kucing akan membunuh mangsanya melalui kaedah
pergerakan namun tidak semestinya mengenali yang mangsanya ialah makanannya.
- Pertunjukan kucing yang pertama dianjurkan di
dunia ialah di Madison Square, New York City, New York pada tahun 1895.
- Catatan tikus yang dibunuh paling banyak oleh
seekor kucing ialah sebanyak 28,899 ekor dalam 21 tahun hayat kucing yang
bernama Towser. Kucing ini mati pada tahun 1987.
- Untuk mengelakkan kucing daripada mencakar
perabot-perabot kita, cuba letakkan bau lemon atau oren dikawasan itu.
- Kucing sebenarnya boleh mengetahui jika kita
sedang menjerit ke arah mereka.
- Lebih kerap kita bercakap dengan kucing, lebih
berkemungkinan mereka akan 'bercakap' semula dengan kita.
- Kucing paling kaya di dunia yang pernah
dicatatkan dalam Guiness Book of World Record ialah sepasang kucing yang
mewarisi harta bernilai $415,000 pada awal tahun 60an.
- Di Amerika, kucing putih membawa maksud nasib
yang baik.
- Kucing boleh melihat warna namun kadang-kadang
memang ada yang buta warna.
- Anak-anak kucing akan mula bermimpi sejak usia
mereka mencecah 1 minggu.
- Kucing boleh melihat sehingga jarak 120 kaki
jauhnya.
- Kucing hanya memerlukan 1/6 sahaja jumlah
cahaya yang diperlukan oleh manusia untuk melihat.
- Mata kucing terdiri daripada 3 bentuk yang
berbeza iaitu bulat, almond dan senget.
- Mata kucing akan mula berubah bila usianya
menjadi dewasa.
- Semasa dilahirkan, anak kucing tidak dapat
melihat mahupun mendengar.
- Anak-anak kucing yang baru dilahirkan akan
mula membuka matanya pada hari kelima selepas dilahirkan.
- Anak-anak kucing yang baru dilahirkan akan
mula menggunakan pendengaran dan mata mereka selepas 2 minggu dilahirkan.
- Pada hari ke 20, barulah anak-anak kucing akan
mula berjalan.
- Kucing biasanya tidak sukakan makanan yang
terlalu panas mahupun terlalu sejuk.
- Mengikut pakar, kucing biasanya akan
mengeluarkan bunyi dengkur jika ia sedang gembira ataupun sakit.
- Kucing sepatutnya diberikan air minuman yang
bersih sekurang-kurangnya sekali setiap hari.
- Kucing memerlukan 5 kali lebih protein daripada apa yang anjing perlukan jadi kucing tidak boleh diberi makanan anjing.
- Antara haiwan mamalia, kucing adalah mamalia
yang paling banyak tidur yang mana 16 jam diperuntukkan oleh mereka untuk
tidur.
- Kucing akan lebih aktif di sebelah petang.
- Lebih 30% daripada masa seharian kucing
dihabiskan untuk mencantikkan diri mereka.
- Berat purata bagi seekor kucing ialah 12 paun.
- Kucing memang sukakan tempat-tempat yang
tinggi seperti harimau bintang dan juga harimau kumbang.
- Kucing paling berat pernah dicatatkan ialah
Himmy, yang seberat 46 paun dan 15.25 aun pada tahun 1986 dan ukuran
pinggangnya ialah 33 inci.
- Kucing paling kecil pernah direkodkan pula
ialah dari Illinois, Amerika Syarikat iaitu dari jenis Himalayan-Persian yang
hanya mempunyai berat 1 paun, 8 aun dan berukuran 7.25 inci panjang dan 2.75
inci tinggi.
- Kucing yang menggigit manusia walaupun selepas
diusap diperut sebenarnya bukanlah menggigit kerana marah sebaliknya gembira.
- Kucing dewasa mempunyai 32 batang gigi.
- Keupayaan kucing mengenal pasti tempat
tinggalnya ialah dengan menggunakan kaedah graviti bumi.
- Kucing sangat suka bersembunyi, jadi jika
mendapati kucing anda tiba-tiba hilang, cubalah cari ditempat-tempat yang sesuai
untuknya bersembunyi.
- Orang-orang Mesir Purba akan mencukur bulu
kening mereka sebagai tanda berkabung diatas kematian kucing kesayangan mereka.
- Coklat boleh menjadi racun bagi kucing (kerana
memiliki theobromine).
- Ada penyakit mirip AIDS pada kucing disebabkan
oleh FIV (Feline Immunodeficiency Virus).
- Kucing persia adalah salah satu kucing berbulu
panjang yang paling tua dan popular.
- Kucing jenis Turkish Van sangat menyukai air
sehingga digelar Turskish Swimming Cat. Beratnya boleh mencapai sehingga 9 kg.
- Di zaman Mesir kuno, hukuman untuk membunuh kucing adalah hukuman mati.
- Kucing punya memori yang lebih baik dari anjing,
monyet dan orang utan.
- Penglihatan kucing enam kali lebih baik dari
manusia pada waktu malam kerana taperum lucidum, sel khusus yang menyerap cahaya.
- Kucing mandi (menjilat dirinya) selepas mengalami kejadian berbahaya untuk menenangkan diri.
- Jantung kucing berdenyut dua kali lebih cepat
dari manusia (110-140 denyutan seminit).
- Kucing jantan membiak setelah berusia antara
7-10 bulan, sementara kucing betina antara 5-9 bulan.
- Kucing melangkah dengan kedua kaki kirinya
dulu, baru kedua kaki kanannya.
- Berbanding
dengan ukuran tubuh mereka, kucing mempunyai mata terbesar berbanding mamalia
yang lain.
- Seekor kucing hamil selama 58-65 hari.
- Kucing boleh membezakan warna ungu, biru, hijau dan kuning.
SEKIAN.
No comments:
Post a Comment