Wednesday, 14 October 2015

Pembangunan Belia - Diskusi 4: Role Model Belia

Assalamualaikum.

Role model saya adalah USTAZAH FATIMAH SYARHA


Kenapa saya memilih beliau sebagai role model? Kerana beliau seorang yg cukup manis dan sopan santun serta sangat menjaga setiap tutur katanya. Saya amat gemar akan penulisan, cara penyampaian dakwahnya, mutiara hikmah yang dikeluarkannya ketika berceramah. Saya mula tertarik dengan tokoh ini apabila mula membaca novelnya yang bertajuk, " Cinta High Class”. Dalam novel tersebut fokus hanya pada cerita cinta. Banyak tips dan nasihat untuk mencari redha Allah, mencari hebatnya cinta Allah. Beliau menjadikan 'Lailahaillallah Muhammadurrasulullah' sebagai prinsip hidup ini amat menitik-beratkan nilai-nilai keindahan agama dalam penulisannya. “Langkah jihad ini tak maju dek puji, tak mundur dek keji, tapi kan tetap melangkah memburu janji Ilahi.”

FATIMAH SYARHA BINTI HJ. MOHD NOORDIN (BA (hons) UIA, MA. UIA) dilahirkan pada 17 Oktober 1984 di Hospital Sultanah Zahirah, Kuala Terengganu. Merupakan graduan UIAM, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, pengkhususan dalam Fiqh dan Psikologi. Kemudian mengambil Ijazah Bacaan al-Quran bersanad dan Daurah Bahasa Arab di Universiti Syeikh Ahmad Kiftaro, Damsyiq, Syria. Kelulusan ‘Master’ di UIAM dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh. Berpengalaman sebagai tenaga pengajar di Universiti Malaya di Jabatan Sains Gunaan dan Pengajian Islam. Beliau kini seorang penulis, Perunding Motivasi dan Pengarah Urusan di Syarikat Sebarkan Bahagia Resources. Sangat meminati bidang Fiqh wanita, cinta dan kekeluargaan. Aktif mengadakan forum, ceramah dan seminar di Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara, syarikat-syarikat korporat, masjid-masjid, komuniti, sekolah-sekolah rendah dan juga menengah.

Kejayaan beliau ialah beliau merupakan Pelajar Anugerah Dekan dalam setiap pengajiannya. Beliau juga merupakan novelis Sayembara Mengarang Novel Remaja, sempena Jubli Emas DBP 2006 (Tempat ketiga peringkat Nasional). 50 Top Malaysian Best Titles for International Rights (Kisah Haiwan Makkah) dan 50 Top Malaysian Best Titles for International Rights (Kisah Haiwan Madinah). Ustazah Fatimah Sharha juga merupakan Finalis Top 5, Anugerah Buku PNM – RTM 2013 (Cinta High Class), Finalis Top 5, Drama Paling Popular Di Laman Sosial, Anugerah Skrin 2014 - Aku Ada Wali serta Finalis Top 5, Drama Siri Terbaik 2014 - Aku Ada Wali. Karya pertama beliau ialah 'PETUA MEMBUAT ORANG JATUH CINTA' bersama Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah & Haji Muhammad Zakaria. Beliau menjadi ko-editor 'ANAKKU HEBAT ANAKKU SOLEH'.

Sumbangan beliau terlalu besar. Beliau  merupakan Pengajar Kelas Tahfiz Ulama Kecil untuk anak-anak sendiri serta anak-anak masyarakat dan beliau tidak mengambil sebarang bayaran. Murabbiah Usrah Tautan Hati merupakan kelas pengajian muslimah yang ditubuhkan oleh beliau juga tanpa mengenakan sebarang yuran dan merupakan kelas secara berdepan dan maya untuk muslimah Malaysia di seluruh dunia.

Ciri-ciri beliau yang sama dalam diri saya adalah kami sama-sama seorang hamba Allah dan sama-sama muslimah. Namun andai ingin disamakan dari segi peribadi dan ilmu, saya rasa saya masih tidak layak untuk itu. Moga diri ini boleh mencontohi susuk muslimah sejati seperti Ustazah Fatimah Syarha.

Sekian.

No comments:

Post a Comment