Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa.
Pada pandangan saya, 5 ciri belia yang cemerlang adalah:
- Beragama
- Keiltizaman yang tinggi
- Bijak mengaturkan hidup
- Kecergasan fizikal dan besemangat waja
- Keterbukaan
Intelek merupakan faktor utama untuk menjana kecemerlangan tamadun bangsa. Oleh itu, saya mempunyai keiltizaman yang tinggi dalam menuntut ilmu. Hal ini terbukti apabila saya dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading untuk merealisasikan segala impian saya. Saya sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan diri dalam semua bidang dan berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang yang diceburi. Sehubungan dengan itu, saya perlulah proaktif dalam menimba ilmu bukan sahaja di dalam kuliah tetapi menuntut segala ilmu pengetahuan yang ada di sekeliling saya.
Sebagai belia yang berwawasan, saya bijak mengaturkan hidup saya. Sebagai contoh, saya tidak bergantung 100% pada kedua ibu bapa saya. Sejak kecil lagi, ibu bapa saya melatih diri saya supaya bijak membuat sesuatu keputusan dalam hidup saya. Hal ini dapat membantu saya berfikir dengan matang dan rasional dalam membuat sesuatu perkara atau keputusan.
Pada alaf yang baharu penuh dengan kompetitif, saya perlu mempunyai kecergasan fizikal dan bersemangat waja dalam diri tanpa mengenal istilah putus asa supaya dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan belia-belia yang lain. Saya mempunyai keazaman yang kuat yang membolehkan saya menewaskan segala kesusahan yang dihadapi. Sebagai contoh, apabila saya diminta untuk menyiapkan seseuatu assignment dalam masa yang singkat. Tanpa keazaman yang kuat, kemungkinan besar saya tidak dapat menghadapi tekanan mental yang berat untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi iaitu menyiapkan assignment yang perlu dihantar sebelum due date. Kesihatan fizikal juga penting untuk menjadi belia yang cemerlang. Oleh itu, saya amat menitikberatkan cara pemakanan saya dengan memakan makanan yang seimbang, menjaga kesihatan diri dan persekitaran, bersenam, riadah dan tidak terlibat dalam gejala sosial yang merosakkan kesihatan.
Akhir sekali, saya mempunyai sifat keterbukaan dalam diri saya. Saya dapat menerima teguran dan pandangan orang lain dengan tenang dan tidak mudah melatah. Saya percaya, para sahabat di sekeliling saya itu ibarat cermin yang menunjukkan dan akan memberitahu saya tentang perihal yang saya sendiri tidak sedari. Semakin ramai saya bersahabat, maka semakin ramailah orang yang boleh memperbaiki hidup saya. Sehingga ada kalanya kebencian seorang sahabat itu pasti akan memberi kesan yang positif terhadap diri saya. Sama ada ianya berbentuk nasihat, gurauan atau kebencian, ia tetap merupakan cermin kepada diri saya kerana ia datangnya daripada seorang sahabat.
Sekian.
No comments:
Post a Comment