Thursday, 17 September 2015

Pembangunan Belia - Diskusi 1: Taaruf

Assalamualaikum, and hyee !! I have something for you. Check this out :)

Nama diberi oleh mama abah tercinta, Nur Ainadayana Binti Muhamad Nor. You can call me AINAD.
Saya merupakan pelajar tahun 1, program Ijazah Sarjanamuda Keusahawanan Dan Inovasi Dengan Kepujian di Fakulti Ekonomi & Pengurusan.

Saya merupakan Warganegara Malaysia. Dilahirkan di PUSRAWI, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur dan dibesarkan di Kampung Air Lanjut, Wangsa Maju sehingga darjah 3. Kemudian, saya berpindah ke Rawang, Selangor dan menetap di situ sehingga sekarang.

Saya merupakan anak sulung daripada 5 orang adik beradik. Apabila masuk alam persekolahan primary school, saya bersekolah di SK Taman Sri Rampai sehingga darjah 3. Kemudian, saya berpindah ke SK Bandar Sungai Buaya sehingga tamat alam persekolahan sekolah rendah. Saya melanjutkan pelajaran ke Secondary School di SMK Bandar Sungai Buaya sehingga tamat Form 5. Selepas SPM, saya ditawarkan melanjutkan pengajian di Kolej Matrikulasi Selangor dalam jurusan Perakaunan.

Saya pernah melibatkan diri dalam program belia yang dianjurkan oleh PLKN, iaitu sukarelawan membersihkan pejabat RELA di Sungkai, Perak. Saya juga pernah memegang jawatan sebagai Penolong Ketua Pengawas pada tahun 2012/2013 di SMK Bandar Sungai Buaya. Di peringkat matrikulasi, saya dilantik sebagai Pembimbing Rakan Dinamik (PRD). Saya sangat aktif dalam program-program yang di anjurkan oleh pihak sekolah dan matrikulasi. Pelbagai program telah saya sertai yang memberi pengalaman dan kenangan termanis dalam hidup saya.

KUCING. Kucing merupakan haiwan perlambangan diri saya. Saya terlalu fanatik dengan kucing. Tidak kira di mana saya berada, apabila saya terlihat or ternampak kucing, saya pasti akan bermain seketika dengan mereka. Saya suka dan sayang akan kucing. Di rumah, saya mempunyai 20 ekor kucing. Saya juga pernah bercita-cita ingin membuka sebuah "Hotel Kucing" suatu hari nanti.

Perkara yang menarik tentang diri saya ? hmm entah lah. Saya pun tak pasti. ohh ya, dari pandangan pertama orang terhadap diri saya, mereka men'cop' saya "kerek" or "sombong". Tetapi sebenarnya mereka salah. Orang kata Tak Kenal Maka Tak Cinta. Saya tidaklah seperti yang mereka sangkakan. Once mereka sudah mula kenali saya, mereka tahu perangai saya bagaimana. So, nak tahu saya orang yang macam mana, tegur-tegurlah saya :)


SALAM PERKENALAN DARI SAYA :) SALAM SEHATI SEJIWA :)



No comments:

Post a Comment